Assalamualaikum....
Bila dah ketandusan idea nak masak apa untuk berbuka... bolehlah tukar ke menu western pulak. Ini menu kegemaran anak2 MaDiHaA. Menambah2 mereka makan. Nak masaknya pun bukanlah susah sangat.
Jom MaDiHaA kongsikan lagi resepinya. Dah pernah beberapa kali kongsi resepinya sebelum ni. T.kasih kak Meen/Mar untuk perkongsian resepi ni..
Makaroni Gratin
Resepi : Jasmeenskitchen
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan A
250gm Elbow Macaroni - Basuh & rebus hingga lembut
250gm keju mozarella
Bahan B
250gm udang basah (MaDiHaA ganti dengan bebola sotong)
1 peket jejari ketam - potong2
½ tin cendawan butang
1 biji carrot - sagat (nak guna mix vege pun boleh)
1 labu bawang besar - mayang halus
½ sudu besar serbuk lada hitam
1 sd besar mentega
Garam / serbuk perasa
Cara2
1. Panaskan Mentega, tumis bawang merah hingga layu. Masukkan udang, jejari ketam, cendawan..gaul rata....& masukkan lada hitam & garam.
2. Bila udang dah masak, masukkan carrot & macaroni...gaul sebati hingga carrot nmpk layu sedikit. Ketepikan dahulu
Bahan C / Sos Putih
(MaDiHaA buat dua kali resepi sos putih ni sebab MaDiHaA bakar dalam 2 loyang)
½ tin susu cair
2 sdb tepung gandum
1 sdb mentega
sedikit garam
2 slice cheddar cheese
Serbuk lada hitam
Cara2
1. Panaskan mentega sehingga cair..masukkan tepung...kacau sebati..
2. Masukkan susu ..kacau lagi... Bila dh mendidih sedikit, carikkan keju slice, masukkan dlm kuah. Perisakan dgn garam & serbuk lada hitam.
Untuk proses membakar
1. Panaskan oven 200C
2. Ambil bekas tahan panas - (bahan diatas ckup utk loyang bersaiz 8inci) 3. Masukkan bahan B...kemudian curahkan sos putih. Taburkan Mozarella cheese - penuh2 lg sedap.
4. Bakar selama 10 - 15min, mengguna suhu 200 degree celcius. Siap.... sedap dimakan panas2.Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment